Perlembagaan

June 12th, 2017

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

a. Nama Persatuan :Kelab Badminton

b. Alamat                  : Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang,2,Jalan Gottlieb,10350 Pulau Pinang.

 

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani,emosi rohani dan intelek.

 

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1     Supaya ahli dapat meningkatkan kemahiran diri dalam bidang badminton dan memupuk semangat                 kerajinan,bertanggungjawab serta disiplin diri.

3.2     Ahli-ahli Kelab Badminton akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam akitiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya.

 

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1     Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

4.2     Permohonan menjadi ahli adalah dengan mendaftar dan mengisi borang yang disediakan di kaunter Kelab Badminton pada Hari Pendaftaran Ko-kurikulum.

4.3     Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan kelab ini.

 

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1     Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

5.2     Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam setiap perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

5.3     Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa akitiviti dijalankan.

 

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1     Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

6.2     Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawantankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawantankuasa.

6.3.     Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

6.4     Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5     Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakan jawatan hendaklah menghantar surat peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6.6     Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:

6.6.1   Pengerusi

6.6.2   Naib Pengerusi

6.6.3   Setiausaha

6.6.4   Penolong Setiausaha

6.6.5   Bendahari

6.6.6   Penolong Bendahari

6.6.7   Wakil Tingkatan (5 orang)

 

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1     Pengerusi

7.1.1     Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

7.1.2    Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

7.1.3    Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.2     Naib Pengerusi

7.2.1    Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.

7.2.2     Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

7.2.3     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.3      Setiausaha

7.3.1     Menguruskan hal-hal surat-menyurat.

7.3.2     Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.

7.3.3     Mencatat kehadiran ahli.

7.3.4     Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.

7.3.5     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.4     Penolong Setiausaha

7.4.1     Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.

7.4.2     Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.

7.4.3     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.5     Bendahari

7.5.1     Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab.

7.5.2     Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua oerkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

7.5.3     Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

7.5.4     Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

7.5.5     Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

7.5.6     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

7.6     Penolong Bendahari

7.6.1     Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.

7.6.2     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa .

7.7     Wakil Tingkatan

7.7.1     Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.

7.7.2     Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.

7.7.3     Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 

PERATURAN 8 KEWANGAN

8.1     Kewangan kelab adalah melalui derma sebanyak RM1.00 seorang semasa mendaftar pada Hari Pendaftaran Ko-kurikulum.

8.2      Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

8.3     Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

8.4     Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

 

PERATURAN 9 KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1     Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

 

PERATURAN 10 AKTIVITI

10.1     Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

10.2     Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.

 

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

11.1     Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas,

11.2     Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3     Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

12.1     Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1   Amaran lisan

12.2.2   Amaran bertulis

12.3     Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

 

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1      Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga bahagian itu dipinda.

13.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli,ahli jawatankuasa,Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3     Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

13.4     Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

 

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1     Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2     Segala hutang wajib dijelaskan Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

15.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2     Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

 

 

  • Comments(0)

Comments are closed.