Skop Tugas

June 12th, 2017

Kelab Badminton memberi peluang kepada pelajar-pelajar di sekolah ini untuk mengembangkan potensi secara seimbang dalam badminton dan secara menyeluruh dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek. Bagi melancarkan sistem di Kelab Badminton,skop tugas telah disenaraikan untuk dipertanggungjawabkan oleh ahli jawatankuasa Kelab Badminton.

Pengerusi

  • Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
  • Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Naib Pengerusi

  •  Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
  •  Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
  •  Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

 Setiausaha

  •  Menguruskan hal-hal surat-menyurat.
  • Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan.
  • Mencatat kehadiran ahli.
  • Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan kelab.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Penolong Setiausaha

  • Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya.
  • Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Bendahari

  • Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab.
  • Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua oerkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
  • Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
  • Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
  •  Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.

Penolong Bendahari

  •  Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa .

Wakil Tingkatan

  • Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
  • Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari semasa ke semasa.
  • Comments(0)

Comments are closed.

This site is protected by Comment SPAM Wiper.